Friday, November 27, 2015

Kelab dan Persatuan di Sekolah..



Kelab dan persatuan bermaksud sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

Penubuhkan Persatuan Bahasa Melayu sekolah adalah inisiatif dan usaha yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid  selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.  Malah Peraturan 4 dalam Peraturan Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, hobi dan rekreasi; sukan dan permainan; badan beruniform; atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha pendidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat penubuhan  persatuan  ini adalah untuk membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.


Tujuan  penubuhan   
Setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a.      Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.
b.     Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
c.     Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
d.     Berkongsi sumber dan peralatan.
e.     Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi          kepimpinan
f.     Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.


Contoh Senarai Aktiviti-Aktiviti Tahunan Persatuan dan Kelab

Bil


Bulan

Aktiviti

Objektif

Tindakan
1
Januari
1.    Pendaftaran ahli-ahli Persatuan
2.    Mesyuarat Persatuan kali Pertama.
i.      Mengeratkan hubungan ahli persatuan dan guru-guru.
ii.    Melantik AJK persatuan
iii.  Merancang dan menentukan aktiviti-aktiviti persatuan.

Guru Penasihat
2
Februari
Mencipta logo persatuan
i.      Menonjol bakat
ii.    Semangat bekerjasama
iii.  Kreatif
Guru Penasihat
3.
Mac
1. Lawatan ke Perputakaan Awam
2. Pelancaran Program Buku di Tangan

i.      Meluaskan pengetahuan.
ii.    Mengisi masa lues
Guru Penasihat
4.
April
1.    Pelancaran Pertandingan Banyak Membaca.
2.    Pondok Bacaan
3.    Mesyuarat kali kedua
i.      Memperluaskan pemikiran pelajar
ii.    Membina kerja sama antara ahli.
Guru Penasihat
5.
Mei
1.Pertandingan Banyak Membaca
2.Mengemaskini dan mengumpul bahan bacaan di pondok bacaan.
i. Memperkayakan minda pelajar dengan perbendaharaan kata.
ii. Bertanggungjawab
Guru Penasihat

6.

Jun

1.Teknik menjawab soalan ujian Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman.
2.  Bengkel Penulisan


i.   Bersedia untuk menghadapi peperiksaan
ii.Sifar kesalahan ejaan, struktur ayat, tanda baca dan format penulisan.

Guru Penasihat
7.
Julai
1.   Bengkel Tatabahasa
i.  Membina keyakinan pelajar.
Guru Penasihat
8.
Ogos
1.   Lawatan ke Pesta Buku
i.Rehat minda
Guru Penasihat
9.
September
1.      Pelancaran Penutup Pertandingan Banyak Membaca.
2.      Membuat buku skrap
i.Membina keyakinan diri di khalayak ramai
ii.Menanam sikap mencintai Bahasa Melayu.
Guru Penasihat
10.
Okteber
1.      Makmal Komputer.
2.      Membaca di Perpustakaan.

i.Memperkayakan tatabahasa
ii.Melahirkan murid yang berintelek.
Guru Penasihat
  
Kelebihan penganjuran aktiviti dalam Persatuan 

Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman murid
Aktiviti-aktiviti persatuan kebiasaannya diketuai oleh murid-murid yang dilantik oleh guru penasihat dan dibantu oleh rakan mereka dengan menjawat pelbagai jawatan di dalam persatuan tersebut bagi memastikan perancangan aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Setiap kali persatuan tersebut menganjurkan sesuatu perlawanan, majlis, lawatan dan sebagainya, setiap ahli jawatankuasa iaitu murid yang dilantik untuk menjadi ahli jawatan kuasa persatuan akan dapat membuat persiapan awal seperti mesyuarat, pembahagian tugas, minit mesyuarat perlaksanaannya dan sebagainya bagi menjayakan majlis yang bakal dilangsungkan. Ini akan membolehkan murid-murid merasa terlatih di peringkat awal sebelum mereka melangkah ke alam perkerjaan dan seterusnya. Minda mereka akan menjadi terbiasa dan sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang bakal mereka hadapi di kemudian hari untuk melaksanakan tugasan yang lebih mendalam.  Kegiatan Ko-kurikulum melalui penyertaan aktif murid pada umumnya amatlah penting sebagai pelengkap kepada kegiatan akademik di sekolah. Kegiatan berbentuk fizikal seperti sukan, riadah, mengembara dan membuat penyelidikan berkaitan dengan matapelajaran serta kegiatan-kegiatan yang menjurus kepada keugamaan dan kebudayaan  juga adalah bersesuaian untuk membina insaniah yang bertakwa, berkemahiran dan bersikap positif serta meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan.


Kesihatan  badan.
 Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya mengeluarkan peluh. Apabila diri kita sihat, mudahlah kita untuk mengulangkaji pelajaran dan yang pasti dapat hadir ke sekolah. Jika tubuh badan kita tidak sihat, tubuh menjadi letih serta lesu dan tidak bermaya, menyebabkan minat untuk belajar menjadi luntur.


Memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak.
             Sekiranya tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan dengan menonton televisyen, melepak, merokok,dan berpeleseran di pusat membeli belah. Akktiviti tidak berfaedah ini juga bakal menjerumuskan mereka ke kancah perjudian, pelacuran malahan juga ke kancah jenayah. Mereka juga bakal terdorong untuk bergaul dengan remaja nakal dan terlibat dalam pelbagai kegiatan negatif seperti merempit, meragut, menagih dan mengedar dadah dan banyak lagi. Sehubungan ini juga apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung kita juga boleh menambah kenalan. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berterusan (sepanjang tahun) ini juga tidak akan mencetus kebosanan di kalangan para pelajar jika aktiviti-aktiviti itu dirancang dengan bijaksana (berdasarkan objektif dan matlamat) terlebih dahulu. Sebaliknya, pelaksanaan berterusan ini membolehkan para pelajar mencapai tahap matang masing-masing secara beransur-ansur melalui latihan yang lebih panjang.  


Proses pembangunan kemanusiaan 
Penganjuran aktiviti-aktiviti kokurikulum perlulah dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti ‘ad hoc’ atau yang dilaksanakan berdasarkan keperluan pentadbiran / pengurusan sekolah secara berkala atau yang berdasarkan jadual atau takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, lazimnya akan menghasilkan pengalaman- pengalaman dan kemahiran-kemahiran sementara yang tidak signifikan dari segi peneguhan disiplin ,watak,persepsi dan ‘world view’ pelajar-pelajar yang terlibat. Guru harus bertanggungjawab dan bijak mengatur program supaya penglibatan murid mendatangkan hasil dan perubahan dari segi rohani jasmani dan intelektual.
                                                                                      
Pemaksimuman penggunaan peralatan dan kemudahan-kemudahan asas 
Melalui penganjuran aktiviti atau pertandinagan yang secara tidak langsung menjurus kepada penjimatan dan keberkesanan kos (cost-effectiveness). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berterusan ini juga membolehkan bahan-bahan sumber dimanfaatkan sepenuhnya.

Undang-undang atau peraturan  kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."  Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".  Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan  (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Ko-kurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
a. Penyertaan dalam sukan dan permainan
b. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
c. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
d. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

Kegiatan ko-kurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan  Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB 
Kegagalan @  Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.
 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

 “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”

Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib

a.                   “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”   {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

b.                   Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.   {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}

c.                    Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

d.                  Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah  mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
          {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah

 Penyertaan semua guru adalah wajib

   a.           Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyeliadan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

   b.                  “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

   c.                    Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum

  d.                  Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”. 



Perancangan Kegiatan Kokurikulum

a.        “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

b.       Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

c.       Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

          Penyertaan “beramai-ramai”

a.       Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

b.      Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.


Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalamaktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan.
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar kepada sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.
 Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi  penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.  Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara.
Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).
Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000: xvi).  Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan. Halangan untuk mencapai hasrat ini ialah kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti matapelajaran akademik. Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah
Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan. Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya.
 Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik. Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah.
Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum di jalankan.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).       
 PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.


Lain-lain maklumat
Pihak sekolah dan guru-guru khasnya perlu  merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan lebih berkesan. Penambah baikan pengetahuan guru serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum sukan perlu dimantapkan dari semasa ke semasa agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih bermakna. Kegiatan kokurikulum sukan yang menarik dan memberi manafaat kepada pelajar akan dapat menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Nordin (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Kementerian Pelajaran khususnya Unit Kokurikulum yang dapat merancang program kokurikulum dengan lebih berkesan. Masalah yang sering dihadapi ialah ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Pelbagai peruntukan berupa kewangan dan barangan untuk menjadikan program kokurikulum lebih bermakna dan tidak akan disia-siakan jika faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ini dapat di atasi. Kementerian melalui Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri dapat merancang dan melaksanakan dasar yang lebih efektif setelah mengenalpasti faktor penghalang yang utama penglibatan diri pelajar dalam kegiatan  kokurikulum.
 Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

 


No comments:

Post a Comment