Thursday, November 26, 2015

Asemblaj


Asemblaj adalah seni gabungan pelbagai objek dalam membentuk karya seni arca. Kebiasaannya asemblaj diilhamkan dalam bentuk 3D. Hasil karya ini bermula dengan satu tema tertentu kemudian penyediaan bahan-bahan yang berkait dengan tema tersebut. Lakaran secara 2D di atas kertas akan dilakar berkali-kali dengan penyusunan perletakkan bahan mengikut kesenian pengkarya, seterusnya mencetuskan idea tersendiri bagi perletakan bahan-bahan tadi sehingga menimbulkan suatu makna bagi mereka, walaupun bagi pengemar seni melihat sebagai sesuatu karya yang abstrak sahaja.


Bahan-bahan terpilih untuk asemblaj dicantum bagi membentuk satu kesatuan objek yang  dipasang pada satu tapak yang stabail. Kebiasaanya, tapak asemblaj menggunakan bahan-bahan yang kuat seperti kayu dan besi, ini kerana teknik seperti kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan dan tampalan mudah digunakan. 

Seni rupa 2D adalah seni rupa yang dapat dilihat pada satu arah sahaja. Contohnya, lukisan-lukisan pada batik, grafik, papan, kertas, lukisan karton, lantai, ubin, bungkus plastik dan lain-lain. Seni rupa 3D pula adalah seni rupa yang dapat dilihat dari berbagai arah dan boleh disentuh kewujudannya, seperti patung, hiasan rumah, bentuk-bentuk geometri yang mempunyai jisim seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid dan lain-lain lagi.


Asemblaj

2D dan 3D

Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut secara abstrak dan mempunyai bentuk yang berlainan dengan nilai estetika yang tersendiri.


Berbentuk realistik dan sama mengikut nama bentuk-bentuk tersebut.


Karya yang agak bebas dan pelbagai dari segi penggunaan bahan atau media untuk membentuk arca menepati tema dan tajuk.


Bongkah-bongkah dan lukisan bentuknya khusus mengikut ciri-ciri bentuk masing-masing.

Mempunyai gabungan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil.


Mempunyai ruang tertutup dengan ketetapan sisi dan bilangan semetri yang tertentu mengikut piawaian masing-masing.

Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.
Bentuk dan jisimnya tidak berubah dan bersifat abadi.
 


Semua hasil karya seni asemblaj mempunyai daya astetika, fungsi dan makna bagi pengkarya kerana mereka sahaja yang tahu makna tersirat karya tersebut. Bagi pemerhati atau penggemar seni,  asemblaj adalah cabang daripada abstrak ekspressionisme. Mereka ini mengetahui maksud karya apabila diberi penerangan atau membaca diskripsi karya tersebut. Namun begitu, ada segelintir pemerhati seni dapat menghayati dan mengetahui keunikan asemblaj yang dilihatnya.

Dalam pengkaryaan asemblaj, karyanya agak bebas dengan penggunaan pelbagai bahan atau media yang digabungkan dan dicantumkan secara sepadu dan serasi. Bahan binaan yang sesuai yang saling lengkap melengkapi akan membentuk satu kesatuan arca asemblaj yang harmoni dan tersendiri ciptaannya. Penggunaan alat dan bahan daripada bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Ditambah dengan proses kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam menjadikan arca asemblaj boleh berdiri dengan secara kuat, kukuh dan selamat.

1 comment: