Kelab
dan persatuan bermaksud sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama
serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber
dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing.
Penubuhkan Persatuan Bahasa
Melayu sekolah adalah inisiatif dan usaha yang dipimpin, diangotai dan
digerakkan oleh murid-murid selaras
dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah seluruh negara. Malah
Peraturan 4 dalam Peraturan Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti
yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara
bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori mata pelajaran
yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, hobi dan rekreasi; sukan dan permainan;
badan beruniform; atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha pendidikan
yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan
kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka
menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan
murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu guru dan murid-murid
merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang
berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah
dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke
peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan
datang.
Tujuan penubuhan
Setiap murid
mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin
diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan,
kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab
atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan
kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan
pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian
pemikiran, pengalaman dan latihan.Menggabungkan murid-murid yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang
dan berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan
aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang yang diminati dan digemari.
c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan
dilaksanakan bersama.
d. Berkongsi sumber dan peralatan.
e. Mewujudkan peluang kepada
murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
f. Mewujudkan wahana kepada
murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang
lebih tinggi.
Contoh Senarai Aktiviti-Aktiviti Tahunan Persatuan dan Kelab
Bil
|
Bulan
|
Aktiviti
|
Objektif
|
Tindakan
|
1
|
Januari
|
1.
Pendaftaran ahli-ahli Persatuan
2.
Mesyuarat Persatuan kali Pertama.
|
i.
Mengeratkan hubungan ahli persatuan dan guru-guru.
ii. Melantik
AJK persatuan
iii. Merancang
dan menentukan aktiviti-aktiviti persatuan.
|
Guru
Penasihat
|
2
|
Februari
|
Mencipta
logo persatuan
|
i.
Menonjol bakat
ii.
Semangat bekerjasama
iii.
Kreatif
|
Guru
Penasihat
|
3.
|
Mac
|
1. Lawatan ke
Perputakaan Awam
2. Pelancaran
Program Buku di Tangan
|
i.
Meluaskan pengetahuan.
ii.
Mengisi masa lues
|
Guru
Penasihat
|
4.
|
April
|
1.
Pelancaran Pertandingan Banyak Membaca.
2.
Pondok Bacaan
3.
Mesyuarat kali kedua
|
i.
Memperluaskan pemikiran pelajar
ii.
Membina kerja sama antara ahli.
|
Guru
Penasihat
|
5.
|
Mei
|
1.Pertandingan Banyak Membaca
2.Mengemaskini dan
mengumpul bahan bacaan di pondok bacaan.
|
i. Memperkayakan minda pelajar dengan perbendaharaan
kata.
ii. Bertanggungjawab
|
Guru
Penasihat
|
6.
|
Jun
|
1.Teknik menjawab
soalan ujian Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman.
2.
Bengkel Penulisan
|
i.
Bersedia untuk menghadapi peperiksaan
ii.Sifar kesalahan
ejaan, struktur ayat, tanda baca dan format penulisan.
|
Guru
Penasihat
|
7.
|
Julai
|
1.
Bengkel Tatabahasa
|
i. Membina
keyakinan pelajar.
|
Guru
Penasihat
|
8.
|
Ogos
|
1.
Lawatan ke Pesta Buku
|
i.Rehat minda
|
Guru
Penasihat
|
9.
|
September
|
1.
Pelancaran Penutup Pertandingan Banyak Membaca.
2.
Membuat buku skrap
|
i.Membina keyakinan diri di khalayak
ramai
ii.Menanam sikap mencintai Bahasa
Melayu.
|
Guru
Penasihat
|
10.
|
Okteber
|
1.
Makmal Komputer.
2.
Membaca di Perpustakaan.
|
i.Memperkayakan tatabahasa
ii.Melahirkan murid yang berintelek.
|
Guru Penasihat
|
Kelebihan penganjuran aktiviti dalam Persatuan
Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman murid
Aktiviti-aktiviti persatuan kebiasaannya
diketuai oleh murid-murid yang dilantik oleh guru penasihat dan dibantu oleh rakan
mereka dengan menjawat pelbagai jawatan di dalam persatuan tersebut bagi
memastikan perancangan aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Setiap kali persatuan
tersebut menganjurkan sesuatu perlawanan, majlis, lawatan dan sebagainya,
setiap ahli jawatankuasa iaitu murid yang dilantik untuk menjadi ahli jawatan
kuasa persatuan akan dapat membuat persiapan awal seperti mesyuarat, pembahagian
tugas, minit mesyuarat perlaksanaannya dan sebagainya bagi menjayakan majlis
yang bakal dilangsungkan. Ini akan membolehkan murid-murid merasa terlatih di
peringkat awal sebelum mereka melangkah ke alam perkerjaan dan seterusnya. Minda
mereka akan menjadi terbiasa dan sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang bakal
mereka hadapi di kemudian hari untuk melaksanakan tugasan yang lebih mendalam. Kegiatan Ko-kurikulum melalui penyertaan
aktif murid pada umumnya amatlah penting sebagai pelengkap kepada kegiatan
akademik di sekolah. Kegiatan berbentuk fizikal seperti sukan, riadah,
mengembara dan membuat penyelidikan berkaitan dengan matapelajaran serta
kegiatan-kegiatan yang menjurus kepada keugamaan dan kebudayaan juga adalah bersesuaian untuk membina insaniah
yang bertakwa, berkemahiran dan bersikap positif serta meningkatkan kerjasama
dan semangat kekitaan.
Kesihatan badan.
Keadaan ini berlaku kerana apabila kita
melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya
mengeluarkan peluh. Apabila diri kita sihat, mudahlah kita untuk mengulangkaji
pelajaran dan yang pasti dapat hadir ke sekolah. Jika tubuh badan kita tidak
sihat, tubuh menjadi letih serta lesu dan tidak bermaya, menyebabkan minat
untuk belajar menjadi luntur.
Memanfaatkan masa lapang mereka
dengan bijak.
Sekiranya
tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan
dengan menonton televisyen, melepak, merokok,dan berpeleseran di pusat membeli
belah. Akktiviti tidak berfaedah ini juga bakal menjerumuskan mereka ke kancah
perjudian, pelacuran malahan juga ke kancah jenayah. Mereka juga bakal
terdorong untuk bergaul dengan remaja nakal dan terlibat dalam pelbagai
kegiatan negatif seperti merempit, meragut, menagih dan mengedar dadah dan banyak
lagi. Sehubungan ini juga apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak
langsung kita juga boleh menambah kenalan. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum secara berterusan (sepanjang tahun) ini juga tidak akan mencetus
kebosanan di kalangan para pelajar jika aktiviti-aktiviti itu dirancang dengan
bijaksana (berdasarkan objektif dan matlamat) terlebih dahulu. Sebaliknya, pelaksanaan
berterusan ini membolehkan para pelajar mencapai tahap matang masing-masing
secara beransur-ansur melalui latihan yang lebih panjang.
Proses
pembangunan kemanusiaan
Penganjuran aktiviti-aktiviti kokurikulum perlulah
dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti ‘ad hoc’ atau yang
dilaksanakan berdasarkan keperluan pentadbiran / pengurusan sekolah secara
berkala atau yang berdasarkan jadual atau takwim yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah, lazimnya akan menghasilkan pengalaman- pengalaman dan
kemahiran-kemahiran sementara yang tidak signifikan dari segi peneguhan
disiplin ,watak,persepsi dan ‘world view’ pelajar-pelajar yang terlibat. Guru
harus bertanggungjawab dan bijak mengatur program supaya penglibatan murid
mendatangkan hasil dan perubahan dari segi rohani jasmani dan intelektual.
Pemaksimuman
penggunaan peralatan dan kemudahan-kemudahan asas
Melalui
penganjuran aktiviti atau pertandinagan yang secara tidak langsung menjurus
kepada penjimatan dan keberkesanan kos (cost-effectiveness). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang berterusan ini juga membolehkan bahan-bahan sumber
dimanfaatkan sepenuhnya.
Undang-undang atau peraturan kokurikulum
Kegiatan
kokurikulum ertinya
apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di
bilik darjah." Dalam Warta Kerajaan
bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956,
kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan". Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember
1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrif Ko-kurikulum iaitu :
Kegiatan
kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:
a. Penyertaan dalam sukan dan
permainan
b. Penyertaan dalam persatuan dan
kelab
c. Penyertaan dalam pasukan
pakaian seragam
d.
Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
Kegiatan
ko-kurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan Rujuk
Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Subperaturan
3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB
Kegagalan @
Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan
yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau
pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ):
Penalti Am.
“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di
bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
“(2) Seseorang yang melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang
berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak
melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang
boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu,
bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
Penyertaan
murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib
a.
“Matlamat
gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar.
Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan
satu kegiatan sukan atau permainan.” {Perkara
5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
b.
Sekolah mewujudkan peluang yang
seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
{Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah
diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang
diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}
c.
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid
dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. {Hal ini
ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara
2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}
d.
Ketidakhadiran
murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah
suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan
disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan
ponteng sekolah atau ponteng kelas.
{Hal ini hendaklah dimaktubkan
dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah
Penyertaan
semua guru adalah wajib
a. Penyertaan
semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyeliadan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
b. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi
mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”
(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
c.
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara
bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan
kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam
bidang kurikulum
d.
Keengganan
guru melaksanakan
tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan
daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban
penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan
tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib)(Bab D)”.
Perancangan Kegiatan Kokurikulum
a. “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di
sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan
murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
b. Setiap kegiatan kokurikulum yang
dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif,
kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis
dan progresif.
c. Setiap kegiatan kokurikulum yang
dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek,
jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.
Penyertaan
“beramai-ramai”
a. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum
di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada
unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan
perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
b. Kegiatan kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan
tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.
Cabaran-cabaran
atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalamaktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan.
Semua pelajar diwajibkan
mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan
aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan
dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi
yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa
mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa
dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari
pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi
peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara
aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam
usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar kepada sebuah
masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.
Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan
dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan
pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi
kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati
diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum
mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul tetapi oleh
kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum,
reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah
kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek
wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Bagi
mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara.
Masyarakat perlu memahami
bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan
keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan.
KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan
perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang
berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et
al., 1995:110-126).
Pendidikan, mengikut Plato,
ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues
Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari
masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir
dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang,
2000: xvi). Masyarakat dan pendidikan
adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan. Halangan
untuk mencapai hasrat ini ialah kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum
tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana
kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna.
Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan
pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat.
Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990)
walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih
kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum
sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya
dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara
tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti matapelajaran akademik. Dapatan
Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau menyatakan
antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan
kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah
Perlaksanaan kokurikulum di
sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada
pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat
untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang
telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan
guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan
beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan. Sementara
itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan
peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran
tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama
kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti
sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap
sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih
penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar
tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana
tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan
sebagainya.
Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor
lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya.
Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak
mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik. Penyertaan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar
perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan
diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun
pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki
dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri
kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah.
Pelbagai perancangan telah
dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran
Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan
kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan
Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin
peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka.
Ramai di kalangan guru dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu
memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka tetapi agak malang dewasa
ini ramai di kalangan pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum di jalankan.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
|
|
|
Lain-lain
maklumat
Pihak sekolah dan guru-guru
khasnya perlu merancang dan melaksanakan
kegiatan kokurikulum dengan lebih berkesan. Penambah baikan pengetahuan guru
serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum sukan perlu dimantapkan dari
semasa ke semasa agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih
bermakna. Kegiatan kokurikulum sukan yang menarik dan memberi manafaat kepada
pelajar akan dapat menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan
kokurikulum dijalankan. Ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Abu
Bakar Nordin (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting
bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum.
Kementerian Pelajaran khususnya
Unit Kokurikulum yang dapat merancang program kokurikulum dengan lebih
berkesan. Masalah yang sering dihadapi ialah ketidakhadiran pelajar dalam
kegiatan kokurikulum di sekolah. Pelbagai peruntukan berupa kewangan dan
barangan untuk menjadikan program kokurikulum lebih bermakna dan tidak akan
disia-siakan jika faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
ini dapat di atasi. Kementerian melalui Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri dapat
merancang dan melaksanakan dasar yang lebih efektif setelah mengenalpasti
faktor penghalang yang utama penglibatan diri pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan
program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama
ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab
dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS
yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard
dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod
pencapaian murid secara berterusan.